Anda Sudah Bersara dan Mahu Buat Perniagaan? Ini 3 Jenis Perniagaan yang Sesuai Untuk Anda

 

Tengah tercari-cari nak buat apa lepas dah “pencen”?
Biasanya memang orang yang baru pencen ni tercari-cari nak buat apa untuk dapatkan pendapatan sampingan.

Ya la, bila dah pencen ni memang ada banyak duit simpanan dalam KWSP. Tapi, kalau boleh nak juga ada sumber pendapatan sampingan juga kan?

…supaya ada la juga sumber lain dan tak mengharapkan simpanan semata-mata.

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan sampingan adalah dengan cara menjalankan perniagaan. Tapi, kena berhati-hati sebab bukan semua jenis perniagaan sesuai untuk anda yang dah bersara.

Takut-takut niat asal nak jana pendapatan tapi akhirnya terbakar semua duit simpanan.

Artikel kali ini, kami ingin kongsikan 3 jenis perniagaan yang sesuai untuk anda yang sudah bersara dan mahu jalankan perniagaan untuk jana pendapatan sampingan.

#1. Perniagaan Francais

Anda boleh jadi franchisee dan jalankan perniagaan francais.

Sebelum itu, kami nak terangkan dulu apa itu perniagaan francais. Francais adalah sejenis perniagaan dimana anda menjadi wakil jualan dan menjual produk-produk sesebuah syarikat.(Biasanya pernigaan francais adalah menjual makanan segera)

Anda hanya sediakan premis untuk jualan sahaja, yang lain syarikat francais yang akan uruskan A-Z.

Contohnya, anda boleh pilih untuk menjadi franchisee restoran makanan segera. Anda hanya perlu bayar yuran francais tahunan dan sediakan premis restoran sahaja. Syarikat makanansegera (franchisor) pula akan buatkan promosi, sediakan pekerja, kelengkapan operasi dan S.O.P juga akan disediakan.

Biasanya pihak syarikat franchisor juga akan sediakan latihan untuk pekerja dan pengurus.

Anda hanya perlu pantau sekali sekala sahaja. Ini adalah kelebihan perniagaan francais, selain itu antara kelebihan yang lain adalah biasanya perniagaan anda mudah mendapat pelanggan yang ramai sebab jenama perniagaan yang sudah kukuh.

Tapi, kekurangan perniagaan jenis francais adalah anda perlu mengeluarkan modal yang sangat-sangat tinggi. Anda perlu bayar yuran fraincais, bayaran royalti dan macam-macam yuran lagi (Bergantung pada kontrak yang pihak syarikat franchisor sediakan).

Biasanya modal anggaran adalah antara RM 500,000 – RM 1,500,000!

Peringatan! Jika duit simpanan anda hanya cukup-cukup untuk dijadikan modal… Sebaiknya anda tidak jalankan perniagaan francais. Anda juga disarankan tidak mengambil pinjaman bank untuk menjalankan perniagaan sebab risiko sangat tinggi.

Sebagai persara, anda perlu elakkan dari menanggung hutang. Bahkan Nabi pernah bersabda dalam satu hadith bahawa hutang adalah antara perkara yang boleh menghilangkan ketenangan hidup.

Jika anda tidak mampu, jangan risau… ada banyak lagi jenis perniagaan yang lain.

#2. Perniagaan Servis

Sebagai persara, anda telah memiliki pengalaman yang banyak dan luas dalam kerjaya anda. Jadi, anda boleh gunakan kelebihan ini untuk jalankan perniagaan servis. Anda boleh jadi konsultan bagi syarikat-syarikat SME.

Sebagai contoh:
Anda telah bekerja dalam sektor pengurusan syarikat selama 25 tahun sebelum bersara, andaboleh jalankan servis konsultasi pengurusan syarikat untuk entiti perniagaan SME.

Ini hanya sekadar contoh, anda boleh nilaikan semula pengalaman anda dan apakah jenis servis yang anda boleh tawarkan.

Perniagaan servis biasanya tidak memerlukan modal yang besar. Namun, kekurangannya adalah tidak semua persara sesuai untuk jalankan perniagaan servis disebabkan faktor tiada idea servis apa yang bersesuaian dengan pengalaman kerja lampau dan boleh ditawarkan.

#3. Menjadi Pengedar Produk Sedia Ada Dalam Pasaran

Jika anda rasa perniagaan servis dan francais tidak sesuai untuk anda, anda boleh cuba jenis perniagaan ini.

Terdapat banyak produk yang bagus sedia ada dalam pasaran dan menawarkan peluang untuk menjadi pengedar produk mereka.

Mungkin anda rasa pening dan tak tahu nak pilih produk yang macam mana. Jadi kami sarankan pilih produk yang ada kriteria berikut:

● Mudah dijual: Produk yang mudah dijual adalah produk yang diketahui umum. Contoh minuman susu kambing atau coklat. Ya la, produk minuman ni mudah, anda letak depan mata bakal pelanggan, mereka terus tahu dah. Tak perlu nak terangkan panjang lebar.

● Mudah mendapat repeat order: Anda disarankan produk yang boleh mendapat repeat order dengan mudah. Contoh produk minuman harian. Mungkin kadar keuntungan sikit, tapi biasanya ramai pelanggan akan order berulang-kali setiap bulan.

● Produk berkualiti: Pilih produk yang berkualiti supaya pelanggan berulang-kali membeli dari anda. Jika produk tidak berkualiti, pelanggan hanya akan beli sekali sahaja.

Jika mahu kurangkan risiko kerugian, pilih produk yang ada 3 kriteria diatas.

Kami tidak sarankan anda untuk mengeluarkan modal yang besar untuk buat produk sendiri. Sebaiknya, anda pilih untuk jadi pengedar bagi produk sedia ada. Kelebihannya, modal tidak besar dan risiko tidak begitu besar.

Kesimpulan:

Jika anda sudah bersara dan mahu jalankan perniagaan untuk jana pendapatan sampingan…anda boleh pilih untuk jalankan salah satu dari 3 jenis perniagaan ni.

Tapi, kami amat sarankan anda untuk pilih perniagaan yang ketiga iaitu menjadi pengedar produk. Modal tidak begitu besar berbanding menghasilkan produk sendiri atau menjalankan pernigaan francais.

Selain itu, risiko kerugian juga lebih rendah sebab produk yang sedia ada dalam pasaran sudah dikenali dan dipercayai. Jadi anda lebih mudah untuk mendapat jualan.

Berita baik untuk anda yang dah bersara! Tawaran Peluang Perniagaan Rendah Risiko Kerugian. Kami sedang membuka peluang untuk anda jadi pengedar produk minuman Koko kami.

Produk kami mudah dijual dan mendapat repeat order yang tinggi sebab rasanya yang kaw dan sedap. Hampir setiap bulan akan ada pelanggan yang repeat order, ada yang repeat order 4 kotak sebulan hanya untuk minum sendiri, ada yang repeat order 7 kotak sebulan hanya untuk
sebuah keluarga.

Cuba bayangkan kalau anda dapat jual 10 kotak kepada 10 keluarga dalam masa sebulan…Dengan mudah anda dapat jual 100 kotak sebulan. InsyaAllah

Anda mahu sertai menjadi pengedar minuman Sawanah Koko?
.
WhatsApp kami di +6019-215.6246
WhatsApp kami di +6019-215.6246
WhatsApp kami di +6019-215.6246