Minuman koko atau lebih dikenali sebagai minuman coklat adalah antara minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Tengok sahaja di kedai-kedai dan warung-warung, hampir mustahil dalam sebuah kedai atau warung tiada pelanggan yang memesan minuman koko.

Selain itu, minuman koko juga popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk digandingkan bersama sarapan pagi, khasnya untuk anak-anak sebelum ke sekolah.

Tetapi, ramai yang mengatakan mereka akan sembelit selepas minum minuman koko… lebih-lebih lagi kalau minum masa sarapan pagi.

Bahkan, berdasarkan satu soal selidik yang dibuat kepada subjek yang mempunyai masalah sembelit yang kronik, mereka akan mengatakan pengambilan minuman koko akan menyebabkan terjadinya sembelit.

(Soal selidik ini dijalankan di US)

Tetapi, betul ke minuman koko adalah punca kepada sembelit? Atau ianya hanya persepsi dan sangkaan sahaja?

Artikel kali ini akan membincangkan adakah pengambilan koko ada kaitan dengan masalah sembelit.

Apa Itu Sembelit?

Sebelum cerita lebih lanjut, anda kena ketahui dulu apa itu sembelit. Sembelit terjadi bila tiada pergerakan yang kerap pada usus.

Orang yang ada masalah sembelit biasanya, makanan yang dicernakan dalam ususnya bersifat kering dan keras… sebab itu pergerakan pada usus menjadi sukar dan menyebabkan kurangnya pergerakan pada usus.

Bahaya ke sembelit?

Tak bahaya tapi perut rasa sangat-sangat tak selesa, tetapi dalam jangka masa panjang sembelit mungkin boleh menyebabkan luka pada dubur anda.

Apa Kaitan Koko dan Sembelit?

Sebelum itu, perlu ketahui dulu apakah punca bagi berlakunya masalah sembelit. Punca utama berlakunya sembelit adalah kerana badan anda tidak mendapat kandungan air dan serat yang mencukupi.

Walaupun ada yang mengatakan mereka sukar untuk buang air besar selepas mengambil produk berunsur koko (khususnya minuman koko)… Namun buat masa ini tiada satu kajian pun yang boleh mengesahkan koko atau coklat boleh menyebabkan masalah sembelit.

Kemungkinan besar berlakunya sembelit selepas pengambilan minuman koko adalah disebabkan adanya campuran lain pada produk minuman koko. Contohnya, susu pekat yang dicampurkan ketika proses membancuh minuman koko.

Susu pekat biasanya diekstrak dari susu lembu dan susu lembu adalah tinggi dengan kandungan laktosa yang tinggi. Ini juga boleh menyebabkan perut anda meragam sebab sesetengah orang perutnya sensitif dengan kandungan laktosa yang tinggi.

Selain itu, kandungan gula yang tinggi yang terdapat pada serbuk minuman koko juga boleh menjadi punca berlakunya sembelit. Ini kerana kandungan gula yang tinggi juga boleh menyukarkan proses pergerakan makanan pada usus.

Bagaimana Mahu Mengambil Minuman Koko Tanpa Berlakunya Sembelit?

Ramai yang sembelit selepas mengambil minuman koko tetapi masih tetap mengambilnya. Minuman koko sudah menjadi sebahagian dari hidup rakyat Malaysia.

Tetapi, masalah sembelit boleh dielakkan sebenarnya dan dalam masa yang sama anda masih boleh menikmati minuman koko.

3 cara untuk mengelakkan dari sembelit selepas mengambil minuman koko:

  • Elakkan dari mengambil produk minuman koko yang tinggi dengan kandungan gula. Cari jenama minuman koko yang kandungan gulanya bawah dari 5g setiap hidangan. (Maklumat ini anda boleh rujuk pada kotak)

 

  • Elakkan dari mencampurkan susu pekat ketika membancuh minuman koko. Ada sesetengah jenama minuman koko boleh dibancuh tanpa perlu mencampurkan susu pekat namun rasanya tetap “kaw” dan sedap.

 

  • Campurkan kurma dan ubi bit bersama minuman koko anda. Ubi bit dan kurma tinggi serat dan ini dapat membantu mengelakkan dari berlakunya sembelit. (Cuma ubi bit sukar didapati di Malaysia)

 

Kesimpulan

Minuman koko sebenarnya bukanlah punca kepada masalah sembelit. Tiada kajian yang dapat membuktikan koko boleh menyebabkan sembelit.

Jika anda suka dengan minuman koko tapi tidak mahu ada masalah sembelit, kami sarankan anda untuk cuba mengambil minuman koko Sawanah. Setiap hidangan hanya mengandungi 4.2g gula. Bukan itu sahaja, minuman koko sawanah ada campuran ekstrak kurma dan ubi bit.

Minuman koko sawanah juga boleh terus dibancuh tanpa perlu campuran susu pekat seperti minuman koko jenama lain.

Sebab itu kalau minum minumam koko Sawanah, anda tak akan sembelit. Jadi, untuk menikmati rasa koko yang sedap dan ”kaw” tanpa perlu risau dengan masalah sembelit… anda boleh cuba minuman koko jenama Sawanah.

Anda mahu cuba minuman koko sawanah?

Whatsapp ke http://sawanah.wasap.my / 019-2156246 (ITA)… Nanti kami akan poskan minuman koko Sawanah ke rumah anda.