Sejak kebelakangan ini… kita sering didendangkan dengan fakta susu kambing adalah lebih berkhasiat dari susu lembu. (Dan lebih baik untuk ibu mengandung)

Tapi, betul ke fakta ini?

Dalam artikel ini, kami bakal dedahkan fakta yang sebenar. Jika anda sedang mengandung,

pastikan anda baca dengan teliti dan fahamkan supaya anda ketahui jawapan dan fakta yang betul.

Kami nak bantu anda untuk buat keputusan tentang pemilihan susu yang anda patut ambil ketika mengandung.

 

#1 Susu Mana yang Lebih Mudah Hadam?

Antara faktor yang perlu diambil kira untuk memilih jenis susu yang sesuai adalah… adakah susu mudah hadam atau tidak?

Ini antara faktor yang boleh dikatakan sangat-sangat penting sebab, jika susu yang anda minum sukar dihadam, perut anda akan meragam dan silap-silap boleh cirit-birit sepanjang hari.

Antara kandungan susu yang biasanya sukar dihadam oleh perut adalah laktosa (gula asli pada susu) dan protein.

Eh? Protein sukar dihadam oleh perut ke?

Kami akan terangkan lebih lanjut tentang ini. Tapi sebelum itu, kami nak terangkan tentang kandungan laktosa dulu.

Kebiasaannya, perut manusia tidak dapat hadam susu yang ada kandungan laktosa yang tinggi. Hanya lembu sahaja yang dapat menghadam kandungan laktosa yang tinggi… tapi tidak bagi perut manusia.

Dari sudut kandungan laktosa susu lembu lebih tinggi berbanding susu kambing. Jadi, susu kambing lebih mudah dihadam. Bukan itu sahaja, sifat susu kambing itu juga lebih menghampiri seperti sifat susu badan (susu ibu). Sebab itu ianya lebih sesuai diambil berbanding susu lembu.

Selain itu, kandungan dan jenis protein juga perlu diambil kira.

Dari sudut kandungan protein, 1 cawan susu kambing mengandungi 9g protein dan susu lembu pula mengandungi hanya 8g protein. Susu kambing mengandungi protein yang lebih tinggi berbanding susu lembu.

Jika dilihat dari sudut jenis protein pula, susu lembu adalah protein jenis “Beta Casein”. Protein pada susu lembu sukar diserap oleh tubuh. Ini menyebabkan hanya sedikit sahaja protein yang dapat dimanfaatkan oleh tubuh anda.

Tapi, susu kambing pula mengandungi protein jenis Alpha Casein. Protein Alpha Casein yang terdapat pada susu kambing lebih mudah diserap oleh tubuh dan mudah dihadamkan.

Kesimpulannya, susu kambing lebih mudah dihadamkan oleh perut anda.

 

#3 Tinggi kalsium dan lemak – Tapi rendah Kolestrol

Adakah susu kambing tinggi kalsium? Bagaimana pula dengan kandungan lemak?

Selain kandungan protein… kalsium dan lemak juga antara kandungan utama yang terdapat pada susu. Samada susu lembu ataupun susu kambing, kedua-dua ada kandungan lemak dan kalsium. Cuma soalnya yang mana satu lebih baik untuk keperluan tubuh anda?

Sebenarnya, susu kambing mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Satu cawan susu kambing terdiri daripada 33% kalsium;

Secawan susu lembu pula hanya 28%.

Kalsium adalah penting untuk ibu yang sedang mengandung. Ketika mengandung, anda perlukan sokongan yang lebih pada tulang belakang kerana anda perlu menanggung bayi anda.

Fakta ini mungkin agak bosan kerana sangat cliche, tapi kalsium dapat menguatkan tulang anda. (Supaya dapat mengurangkan kesakitan pinggang ketika mengandung)

Untuk kandungan lemak pula, secawan susu kambing mengandungi 10g lemak! Susu lembu pula hanya 8g.

Adakah ini bermakna susu kambing tidak bagus untuk jantung?

Jawapannya tidak, kandungan lemak pada susu adalah lemak tidak tepu. Bermakna ianya dapat dicerna oleh tubuh. Bahkan ianya adalah lemak yang bagus sebab dapat menurunkan paras kolestrol pada tubuh anda.

Bukan itu sahaja, kandungan lemak pada susu kambing dapat membekalkan tenaga tambahan pada tubuh. Jadi, sangat perlu diambil oleh ibu yang sedang mengandung supaya tidak cepat letih dan lesu ketika bekerja.

*Nota: Lemak tidak tepu yang ada pada susu tidak sama seperti lemak tepu yang terdapat pada minyak sawit. Lemak tepu susah untuk dihadam dan boleh menyebabkan jantung tersumbat.

 

#3 Tinggi magnesium dan potassium

Kandungan magnesium pada susu kambing adalah 9% dan potassium pula 14%.

Magnesium dapat meningkatkan imunisasi badan. Magnesium amat diperlukan oleh anda yang sedang mengandung supaya anda dapat kekal sihat sehingga anda bersalin. InsyaAllah.

Anda juga perlukan potassium yang mencukupi ketika mengandung. Kekurangan potassium menyebabkan kaki anda “Cramp”. (Antara masalah normal bagi wanita yang sedang mengandung)

Selain itu, kekurangan potassium pada tubuh ibu yang mengandung juga akan menyebabkan rasa letih dan lesu, muntah-muntah dan cirit-birit.

Jadi, pastikan anda amalkan minum susu kambing setiap pagi dan sebelum tidur supaya anda dapat magnesium dan potassium yang mencukupi.

Susu Kambing VS Susu Lembu

Susu Kambing

Kelebihan:

-Mudah dihadam oleh tubuh dan sangat sesuai jika ada masalah perut sensitif.

-Lebih sesuai untuk diambil berbanding susu lembu sebab sifatnya menghampiri susu ibu.

-Pilihan terbaik untuk ibu yang mengandung kerana tinggi kalsium, potassium dan magnesium.

Kekurangan:

-Harga lebih mahal dan lebih susah didapati berbanding susu lembu.

-Ada bau hamis.

 

Susu Lembu

Kelebihan:

-Mudah didapati dan lebih murah berbanding susu kambing.

Kekurangan:

-Tinggi laktosa dan protein “Beta Cassein” yang sukar dihadam oleh perut.

-Kandungan kalsium yang lebih rendah berbanding susu kambing.

Kesimpulan:
Anda disarankan untuk amalkan susu kambing ketika mengandung sebab ianya lebih tinggi khasiat berbanding susu lembu… juga lebih sesuai untuk ibu yang sedang mengandung.

Anda boleh amalkan susu kambing Labana. Harga susu kambing Labana adalah antara yang terendah di pasaran. Ianya mengandungi 70% kandungan susu kambing dan tiada bau hamis (kebanyakan jenama lain hanya mengandungi 50%-60% sahaja kandungan susu kambing).

Bukan itu sahaja, susu kambing Labana mengandungi campuran 7 jenis makanan sunnah.

Mahu cuba 1 pek susu kambing Labana?

Whatsapp ke 019-271 6246 Rin