Kebanyakan dari ibu-ibu diluar percaya bahawa susu yang ada dipasaran adalah baik untuk kesihatan anak-anak mereka.

Lihat sahaja di kaca TV, dada akhbar dan corong Radio, berapa banyak iklan-iklan produk minuman susu yang diiklankan  dan dipromosikan sebagai baik untuk kesihatan anak-anak.

Susu adalah secara asasnya terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak.

Pada asalnya, susu adalah baik untuk kesihatan, tapi bagaimana pula jika sudah diproses?

Betul ke produk susu yang dijual di pasaran baik untuk kesihatan?

Pastikan anda baca artikel ini dengan teliti dan hadamkan supaya anda boleh bantu keluarga anda untuk buat keputusan sebelum membeli apa-apa produk susu yang ada di pasaran.

Untuk memudahkan anda, kami akan berkongsi beberapa faktor yang anda perlu ambil kira untuk buat keputusan jenis susu yang terbaik untuk keluarga anda:

Susu Kotak

Seperti yang anda tahu, susu adalah mudah basi… tapi bagaimana pula susu yang dikotakkan boleh bertahan lama dan lambat basi?

Jawapannya, susu kotak mampu bertahan lama kerana ia diproses menggunakan teknik “Pasteurize”.

“Pasteurize” adalah sejenis teknik dimana susu mentah akan dipanaskan sehingga suhu +-72 celcius selama 15 saat… ini bertujuan untuk membunuh bakteria supaya jangka hayat susu dapat dipanjangkan dan lambat basi.

Selepas dipanaskan, susu akan segera disejukkan dan ini pula bertujuan untuk mengurangkan kadar keaktifan bakteria yang masih ada dalam susu.

“Jadi, masih bagus la kan? Sebab tak ada apa bahan pengawet pun?”

Mungkin itu kata-kata yang bermain dalam fikiran anda.

Tapi, nanti dulu. Izinkan kami terus berkongsi.

Semasa susu dipanaskan, bukan sahaja bakteria yang akan mati… tapi proses “pasteurize” ini juga akan menyebabkan zat dan vitamin yang ada dalam susu itu berkurangan. Dalam kata yang lain, khasiat pada susu berkurangan.

Selain itu, susu kotak yang dijual dipasaran kebanyakannya ada gula tambahan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi rasa lemak manis pada susu kotak. Kandungan gula juga adalah sangat tinggi dalam susu berperisa (coklat dan strawberi biasanya).

Jika anda merasakan susu kotak bagus untuk kesihatan, fikirkan semula. Mungkin anda boleh cuba cari susu kotak yang tiada gula tambahan, tapi ia tetap telah melalui proses “pasteurize” yang telah mengurangkan khasiat dan zat pada susu.

Kandungan Laktosa Dalam Susu

Kandungan laktosa juga antara faktor yang anda perlu ambil kira. Kebanyakan susu yang ada dipasaran adalah susu lembu… kandungan laktosa pada susu lembu adalah tinggi.

Perut manusia tidak dapat menghadam kandungan laktosa yang tinggi. Sebab itu, ada yang rasa sakit perut atau perut tidak selesa jika minum susu.

Anda boleh mula jauhkan dari pengambilan susu lembu dan gantikan dengan amalan minum susu kambing kerana kandungan laktosa adalah lebih rendah. Ia tidak menyebabkan perut anda meragam kerana perut dapat memprosesnya dengan baik.

Bukan itu sahaja, susu kambing juga sifatnya menghampiri susu badan (susu ibu).

Nota: Laktosa adalah sejenis gula asli yang terdapat pada susu.

 

Kandungan Protein

Protein adalah salah satu dari 3 kandungan yang perlu ada dalam pemakanan harian anda. Kanak-kanak kecil adalah golongan yang memerlukan protein yang mencukupi.

Kandungan protein yang mencukupi dapat membina otot dan ini adalah amat penting bagi kanak-kanak kerana mereka masih dalam proses untuk membesar. Pembinaan otot adalah proses utama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Apabila anda hendak memilih susu, pilihlah yang ada kandungan protein yang tinggi. Selain itu, anda perlu pilih susu yang ada kandungan protein Beta Cassein yang lebih tinggi kerana protein jenis Beta Cassein adalah lebih mudah dihadam oleh perut.

Susu yang ada kandungan Beta Cassein Protein yang tinggi adalah susu kambing. Sebab itu susu kambing adalah lebih mudah dihadam oleh perut berbanding susu lembu.

Kesimpulan

Elakkan dari memilih susu kotak dalam pemakanan harian anda sebab ianya mengandungi gula yang tinggi (khususnya susu kotak berperisa). Selain itu, susu kotak juga kurang khasiatnya sebab diproses secara “pasteurize”.

Anda boleh pilih susu kambing sebagai amalan pemakanan harian anda. Susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu  sebab rendah laktosa dan kandungan protein susu kambing adalah lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Susu kambing juga tidak menyebabkan sakit perut. Jika mahukan susu kambing, anda boleh cuba susu kambing Labana. Tiada bau hamis dan ada campuran 7 makanan sunnah.

Whatsapp ke 019-271 6246 Rin untuk cuba susu kambing Labana.